Thanks to visit my blog
U and I in diary ;
FACEBOOK TWITTER

profile chat entries credits +follow home


-


Bincangkan tokoh-tokoh di SABAH?
27 January 2015@8:41:00 PM


DUB1012 - PENGAJIAN MALAYSIA

AHLI KUMPULAN :-
  1. SALFARIANA BINTI SUAIB (07DTP14F2010)
  2. NURSHIFA ADILA BINTI SAIMANG (07DTP14F2019)
  3. NURSYAFIRAH BINTI SUMPIN (07DTP14F2013)
  4. NASALINA BINTI JAMAL (07DTP14F2007)

Sabah sudah melalui separuh abad sebagai negeri merdeka dari cengkamaan penjajah SBUB sejak 1881 dan bebas sepenuhnya pada 1963. Sebelum Sabah menyertai pembentukan Malaysia, ianya telah diisytiharkan sebagai sebuah negara selama 15 hari iaitu merdeka daripada penjajahan 31 Ogos 1963. Makna sebagai sebuah negara adalah amat bererti buat rakyat Sabah dan di mana penjajahan selama 82 tahun sudah cukup mengajar erti jiwa hamba kepada jiwa merdeka.


Menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan seperti Raja Ismail, Raja Tebuk, Datu Tating, Sharif Uthman, Raja Laut, Paduka Mat Salleh, Pak Musa, Antanom, Sagunting, Langkap, Panglima Ali, Mat Sator, Kamunta, Datu Mamuda, Datu Kedunding, Andamun, Pengiran Indera Jaya, Sharif Ali dan beberapa tokoh lain yang turut berjuang menghalang, menentang serta menghalau penjajah dari  terus berkuasa merata harta warisan rakyat jelata Sabah. Kesemua tokoh-tokoh ini membayar perjuangan mereka dengan harta, masa, tenaga, pemikiran serta nyawa.
  1. Mat Salleh 
  • Nama sebenar: Datu Mat Salleh
  • Merupakan pejuang di Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah.
  • Pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaanya.
  • Berasal daripada Suluk Paitan
  • Ayahnya Datu Balu berkhawin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau.
  • Isteri Mat Salleh bernama Dayang Bandang.
  • Tambunan adalah satu kota utama pertahanan Mat Salleh yang kuat.
  • Mengambil tugas bapanya sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut.
  • Perbelanjaan pentadbiran beliau adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
  • Inggeris tidak senang hati dengan tindakan Mat Salleh di Jambongan serta memusahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897.
  • Beliau dapat melepaskan diri. Detik perjuangan beliau menentang pencerobohan dan keganasan kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897.
  • Pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya.
  • Dalam tahun yang sama beliau menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong.
  • Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut.
  • Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan yang lebih besar.
  • Beliau berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan lebih kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
  • Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar di tembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru.
  • Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau julan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata.
  • Sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu.
  • Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. 

   2. Datu Tating

                                                        

  • Beliau merupakan wira sabahan yang tidak senang dengan kehadiran British di Borneo dan Kepulauan Sulu.
  • Datu Tating adalah seorang datu di raja dan berketurunan sulu.
  • Dilahirkan di bawah Kesultanan Sulu dan latak belakang ibunya menunjukkan hubungan rapat dengan pihak kerajaan.
  • Kehadiran beliau di Pulau Balambangan mengubah hidup rakyat disana apabila beliau berjaya membekalkan jumlah pekerja yang mencukupi untuk membina benteng dan gudang.
  • Tetapi apabila John Rebert muncul dan mengacukan senjata dihadapan pengikutnya, kemarahan beliau terhadap British pun bermula. Tindakan John Robert seolah-olah tidak menghormati bangsanya.
  • Hal ini berlaku semasa perbincangan mengenai pembayaran gaji, kontrak gudang, pembersihan hutan dan pembinaan kubu.
  • Sejurus itu, beliau pergi ke Pulau Banggi Dakula dan bekerjasama dengan sepupunya. Datu Tating berjaya mengumpul sebanyak 300 orang mistik dan suku Iranun untuk menyerbu British di Pulau Balambangan.
  • Datu Tating adalah orang pertama yang berjuang menentang British di Pulau Balambangan.
  • Kepahlawanan beliau boleh dilihat apabila beliau berjaya mengalahkan British dan hanya mengambil masa selama 7 jam.
  • Aktiviti menentang British kemudiaannya mula munular di beberapa bahagian termasuklah di Tempasuk, Teluk Marudu dan Relau.

_Kisah Datu Tating mungkin tidak banyak yang diketahui oleh pakar sejarah dan masayarakat. Ini mungkin kerana sebab persepsi sesetengah pihak yang keliru samada beliau adalah sabahan ataupun bukan kerana beliau adalah berasal dari suku Tausug yang boleh dijumpai di Filipina._

      3. Raja Ismail

  • Ketua pemerintah di Tempasuk tahun 1700-an yang berpusat di Matampai.
  • Matampai merupakan pusat pemerintahan Rja Ismail yang terletak berhampiran dengan Sungai Tempasuk.
  • Kedudukan Matampai sebagai pusat pentadbiran Raja Ismail adalah amat sesuai dan bertindak sebagai benteng pertahanan yang boleh membantu baginda menghadapi musuhnya.
  • Pentadbiran baginda di Tempasuk adalah dibantu oleh anaknya iaitu Raja Tebuk, Raja Alam, dan Raja Muda Umak disamping bebrapa pembesar beliau yang dikenali sebagai Datok Sikiolo dan Tok Lukus.
Peranan yang disumbangkan oleh Raja Ismail ialah :-

  • Membantu Sultan Mhamud Shah menyerang Belanda di Riau Johor. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1781 di mana Sultan Mahmud Shah yang memrintah Riau JOhor pada ketika itu menghantar utusan yang bernama Encik Talib ke Tempasuk untuk menyampaikan permintaan baginda kepada Raja Ismail agar tempasuk menghantar bantuan ketenteraan untuk menyerang Belanda di Tanjung Pinang.
     4. Antanom
  1. Latar belakang
  • nama sebenar ialah Ontoros anak lelaki Antanom. 
  • ketua kaum Murut di Rundum.
  • dilahirkan tahun 1875.
  • ketika berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya.
     2. Faktor penentangan
  • Melarang Mebuka Tanah Baru - SBUB melarang mereka membuka tanah baru. - merasakan hak mereka diceroboh. - akibatnya mereka kekurangan beras.
  • Mengenakan Cukai Yang Membebankan - SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai kepala (satu dolat setiap seorang), cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar, cukai tangkapan ikan besar dan cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor.
  • Menjadi Buruh Paksa - orang Murut dijadikan buruh paksa. - tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan rundum.
     3. Peristiwa Penentangan
  • Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB demi menebus maruah mereka. 
  • Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan.
  • Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB.
  • Antanom membina kubu petahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah tanah. 
  • April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom. 
  • Pertempuran berlaku selama 6 minggu. - penentangan ini dikenali sebagai 'Kebangkitan Rundun'.
     4.  Kesan Penentangan
  • SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom. 
  • 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat. 
  • pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau.
  • SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya.
  • orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB.

     5. Pak Musa
     
     LATAR BELAKANG

  • Nama sebenar nya Datuk Maharajalela Musa Unggu
  • Nama sebelum memeluk islam : Adui Unggu
  • Dibunuh secara kejam oleh askar Jepun pada tahun 1944.
  • Mempunyai cucu saudara iaitu Subohria Amat Tua berumur 83 tahun.
  • Dilahirkan di Kampung Kusilad, Pitas.
  • Berhijrah ke Paitan unutk menuntut ilmu persilatan dan kebatinan.

     PERJUANGANNYA : 
  • Menyatukan masyarakat pelbagai kaum dalm bidang perniagaan menyebabkan Jepun menganggapnya ancaman kepada mereka. 
  • Jepun menganggap Pak Musa berselindung di sebalik perniagaan yang ditaja oleh British untuk mempengaruhi rakyat Membakut dan Beaufort supaya menyertai perjuangan SBBUB untuk mengusir mereka dari Borneo Utara.
  • Pada zaman dahulu Pak Musa dipercayai mempunyai kelebihan yang luar biasa iaitu dianggap sangat kuat menentang British dan Jepun.
  • Kaedah perniagaan digunakan mirip sistem koperasi iaitu pelbagai hasil tani, belantara dan haiwan buruan tokoh itu dan pengikutnya akan dikumpul sebelum dipasarkan sehingga ke Brunei dan Singapura.
Hasil daripada perbincangan kami dapatlah kami simpulkan bahawa kelima-lima tokoh tersebut telah banyak memberikan sumbangan dalam kemakmuran negeri Sabah. Oleh yang demikian sebagai anak jati Sabah, kita seharusnya mengingati dan menghargai pengorbanan yang telah di lakukan oleh tokoh-tokoh tersebut. Penerapan melalui pembelajaran ini adalah amat baik agar golongan belia hari ini tahu tentang sejarah dan latar belakang kemakmuran sesebuah negeri serta mengenai tokoh yang telah banyak berjasa kepada setiap negeri Sabah.


    


yeah
26 January 2015@10:11:00 PM
















STUDY BLOG